Taklimat Keselamatan Pemandu – 2024

Pengurusan kilang Micron menganjurkan taklimat keselamatan kepada pemandu van Linora yang di uruskan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) yang diadakan di dalam kawasan kilang sendiri. Setiap pemandu diberikan penerangan cara dan kaedah untuk memeriksa kondisi kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan selepas tiba di destinasi. Selain itu juga, para pemandu mendapat tunjuk ajar […]

Sumbangan kuih berbuka Puasa 2024

Mengagihkan sedikit juadah berbuka puasa kepada para pemandu van. Pihak pengurusan juga berbesar hati menyediakan peruntukkan untuk membeli juadah berbuka ringan untuk diberikan kepada pemandu van kerana kebanyakkan mereka terpaksa berbuka puasa di dalam van sementara menuju ke rumah. Pengurusan mengagihkan beberapa jenis kuih dan air kotak sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

Sumbangan Aidilfitri 2020

Sempena Ramadhan ini, pengurusan syarikat berbesar hati menyumbang saguhati berupa keperluan asas rumah kepada pemandu tidak terkecuali kepada bahagian pengurusan. Sumbangan berupa minyak masak, nasi impit, tepung dan banyak lagi dapat mengukir senyuman manis kepada setiap pemandu Linora yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.